Asssalammualaikum warahmatullah buat para pembaca. Allhamdulilah blog ini dapat dihasilkan meskipun dalam keadaan yang sedikit mencabar. Seperti tajuk di atas ana ingin mengulas sedikit ceramah umum yang baharu sahaja diadakan di kawasan ana iaitu Kota Belud, Sabah.
Ceramah Umum 8 Rabiulawal 1432H
Alhamdulillah, program kali ini mendapat lebih banyak sambutan. Sekali lagi segala puji bagi Allah yang mengatur segala-galanya dengan baik. Tidak kira dari pihak mana sekalipun sanggup datang berkunjung untuk melihat sendiri penjelasan demi penjelasan yang menjernihkan pandangan yang keruh terhadap jemaah yang jelas mengikut mazhab bersandarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Wakil DAP KB berucap
Keberanian wanita yang berada di atas pentas tersebut patut dipuji. Kerana apa? Dia begitu lantang menyuarakan pendapatnya terhadap hak-hak yang menjadi milik rakyat tanpa berasa gentar meskipun sedikit. Ana masih teringat semasa beliau iaitu Puan Catherine Chew mengulang ucapannya bahawa "kita bukan pembangkang, tetapi kita hanya memperjuangkan hak yang patut kita miliki.
Dalam ucapannya lagi, beliau mengupas isu tentang sara hidup masyarakat Sabah yang begitu mundur sedangkan Sabah merupakan negeri "terkaya" dari sumber alamnya. Namun kini ke mana perginya keuntungan hasil penjualan sumber tersebut? Begitu banyak yang lopak di sana-sini sedangkan Sabah masih terus ditarah dan rakyat masih dihimpit dengan penderitaan serta kesempitan dalam era modenisasi serta globalisasi ini. Beliau berkata lagi, kakitangan "majikan" disogok dengan wang yang bertimbun, mereka dibekalkan dengan harta-benda yang hanya "second-hand" serta peralatan yang langsung tiada fungsi. Akhirnya apabila tidak berfungsi, peralatan "yang sewaktu dengannya" akan terdampar di penjuru pejabat ataupun di mana jua. Akibatnya aktiviti pembaziran berlaku, bayangkan sekiranya wang "pembaziran" itu digunakan untuk kepentingan rakyat?
Ustaz Awang Laiman berucap
Saat Ustaz berucap, ana tertarik dengan isu yang dibawa oleh beliau. Antara isunya adalah dasar perlembagaan yang "hipokrit". Buktinya, 'Perkara 20' tidak dihormati sama sekali. Menurut 'Perkara 20' setiap perkara meskipun aktiviti pemerintahan perlulah dilaksanakan berlandaskan keputusan majoriti kesemua kaum yang dilantik hasil perbincangan rakyat bersama. Sebaliknya yang berlaku adalah setiap "kuasa" yang ada kini dilantik melalui "pihak atasan" tanpa mengambil kira pendapat rakyat. Natijahnya, pemimpin bergembira, rakyat bermasam muka. Seterusnya Ustaz meneruskan lagi, bahawa sebagai da'ie, murobbi & juga khalifah kita sepatutnya berani tampil ke hadapan untuk menyatakan kebenaran tanpa berasa gentar terhadap pemimpin yang bermuka-muka dan yang zalim. Ana sedikit tersentak dan terbuka minda saat Ustaz menyebut ""kita harus tampil untuk membantu orang yang zalim & dizalimi". Seolah-olah mengerti, Ustaz lantas menjawab "kita perlu membantu mereka yang zalim agar mereka tidak terus berada di dalam keadaan yang zalim & jahil". Bukankah sudah tangggungjawab kita untuksaling membantu, dan bukannya hanya membatu. Akhir sekali, pesannya "ayuh mulakan revolusi mulutke mulut". Memang agak aneh, namun disebalik nama yang pelik itulah media terbaik buat mereka yang hadir. Mengapa? Memandangkan ramai yang hadir, besar kemungkinan mereka boleh memberi penjelasan terhadap salah faham yang meracuni minda mereka terhadap Tok Guru Nik Aziz. Ana berkata begini bukan kerana ana taksub, namun ulama' adalah pewaris anbiya'. Begitu mulia kedudukan yang allah kurniakan buat poara ulama' namun mengapa harus kita mencemuh. Untungnya kita tidak diberi azab yang teramat berat atas keingkaran kita selama ini.
Ustaz Aminuddin Aling Berucap
Selain daripada ucapan Ustaz Awang yang amat menarik, Ustaz Amin turut menonjol. Pesannya "kita perlu memperkasakan pimpinan kita bagi menggantikan pimpinan yang kita ada sekarang. Kita juga perlu ijtima' pimpinan. Dalam masa yang sama kita perlu mengetahui betapa pentingnya pimpinan dalam sesebuah organisasi khususnya siasah seperti parlimen. Selaras dengan itu kita perlu menjadi lebih terbaik di kalangan yang terbaik." Melalui pesanan yang serba ringkas namun padat ini perlu diambil kira bagi mereka yang prihatin, seperti kata Dr. Mujahid "bukannya orang tua, tetapi orang lama yang terlebih dahulu berkecimpung di dalam kegiatan seperti ini." Pengajarannya, orang yang telah lama berkecimpung di dalam kegiatan ini jangan dipandang enteng kerana mereka lebih berpengalaman dan berpengetahuan melebihi apa yang generasi muda sekarang.
Dr. Mujahid memberi ucapan
Antara pengisian yang diberikan oleh Dr. Mujahid adalah sesetengah pihak yang 'membeli' rakyat dengan 'bayaran' tertentu. Teringat akan kata-kata Ustaz Mustaqim yang mengatakan sesetengah pihak tertentu mengambil kesempatan untuk mengelabui mata rakyat dengan mengatakan pihak yang tidak sependapat dengannya adalah 'pesalah' kepada segalanya. Mereka menuduh jemaah menggunakan agama dan juga isu melayu untuk mendapat perhatian rakyat. Tetapi apabila dilihat dari kaca mata seorang rakyat yang tertindas, siapa yang sebenarnya layak untuk kita persalahkan? Ramai rakyat yang masih lagi menderita kemiskinan. Rakyat yang hidup di kawasan persaingan sengit dalam politik mendapat sambutan hangat dari segi bantuan, bahkan diwara-warakan kebaikan yang telah dilakukan, ditunjukkan daripada media mereka. Apakah ini keadilan? Mengapa tidak diberi kesempatan kepada pihak yang lain untuk memberi hujah mereka? Mengapa hanya kata-kta merka sahaja yang perlu kita dengari? Besar sangatkah kuasa mereka itu untuk kita takuti. Mereka menambah lagi dengan menambah slogan-slogan tertentu untjuk memikat hati para pengundi barangkali, tapi tanpa disedari mereka ini telah membuat satu kesilapan besar. Mereka selama ini begitu berapi-api mengatakan kita ini menggunakan isu sebagai agama jadi mereka itu apa? Yang sama sekali membelakangkan agama degan melaksanakan riba yang menjerut rakyat miskin, memandang enteng akan bab aurat ke mana barisan ulama' mereka? Adakah tugas ulama' ini menghalalkan matlamat pihak ini atau itu tanpa mengira hak Allah! Mereka juga meletakkan manusia nombor satu bukannya yang Esa!!! Astaghfirullah al Azim, Ke mana silapnya kita yang memilih mereka ini menjadi pemimpin kita?
Mereka juga membesarkan isu penggunaan kalimah Allah. Perlu kita ketahui bahawa kalimah ini telah digunakan oleh semua penganut cuma sebutan sahaja .yang berbeza. Jadi mengapa perlu mencuci otak rakyat sehingga perlu membakar gereja, meletakkan kepala babi di hadapan masjid jamek. Bukankah kita perlu saling menghormati? Mana kredibiliti sebagai pemimpin, seandainya isu ini pun perlu dikecohkan? Kita renung bersama, siapa politikkan apa? Isu terbaharu, kepulangan rakyat Malaysia daripada Mesir , mereka bahkan sempat lagi untuk mempromo diri. Menggunakan medium untuk diketahui kebaikan itu. Bukankah lebih elok seandainya kebaikan itu kita sembunyikan daripada pengetahuan umum?
Oleh itu, sebagai rakyat yang sudah sememangya bijak membuat penilaian, rasanya tidak perlu diulas panjang bahawa sesetengah pihak itu mengisukan perkara sebegini kerana mereka bimbang kedudukan yang selama ini terbina akan jatuh tertumbang oleh kerajaan Islam. Kita perlu berdiri di sebelah pihak yang benar. Ayuh bangkit, dan janganlah lena. cukuplah hanya sekali kita dipermainkan. Takbir! Allahu Akhbar!
No comments:
Post a Comment